Ads 468x60px

Thursday 14 November 2013

Krabi Tips ;)



Assalamualaikum.

1) Kebiasaannya tiket ke Krabi boleh beli dari airasiago which include hotel + flight. Kami dapat harga rm700 untuk return flight ticket for 2 persons + hotel for 4 days and 3 nights.

Tips memilih hotel, di Krabi ada hotel Muslim seperti Sunda Hotel (you can do research on this). Kami menetap di Royal Nakara Ao Nang Hotel, sebuah hotel bukan Muslim, atas faktor hotel ini murah dan dekat dengan pantai. Bila menetap di hotel bukan Muslim, pastikan kita tak ambil breakfast atau apa-apa makanan dari hotel tersebut (don't worry, sekitar Krabi banyak makanan halal), dan pastikan bawa kompas dan sejadah. Takde arah kiblat!

2) Upon arrival, akan jumpa banyak tawaran untuk teksi ke hotel. Perlu diingatkan, harga standard untuk teksi ialah 60baht sahaja. Kalau lebih dari itu, anda sedang ditipu.

3) Dalam perjalanan, pakcik teksi akan singgah dekat sebuah agen tepi jalan. Agen tu akan tawarkan segala macam aktiviti menarik. They claimed that they have the cheapest price. But again, jangan tertipu! Di sekitar Ao Nang nanti (basically when we refer to Krabi islands, we are referring to bandar Ao Nang. Di situ tempat orang honeymoon pantai cantik-cantik snorkeling etc) akan ada banyaaaak lagi harga jauh lebih murah.

4) Style di Krabi, pemilik hotel suka upgrade bilik hotel sesuka hati. Itu namanya rezeki :D contoh kita tempah bilik Deluxe je, tiba-tiba dia bagi Grand Suite ke. That's normal. Itu yang bestnya ;)

5) Pengangkutan yang memudahkan di Krabi ialah skuter. Harga standard 20baht sehari. Kalau dapat lebih dari tu, tertipu jugak la tu. Tapi, minyak di Krabi agak mahal. RM5 seliter.

6) Tips mencari makanan halal. Kalau penjual tu pakai tudung litup sekalipun, jangan tertipu. Pastikan kedainya ada tanda bulan & bintang dahulu di papan tanda, baru masuk ;)

7) Harga standard aktiviti di Krabi :

1) Island Hopping Phi Phi Island 90 baht/seorang (please please, kalau dapat harga 120 ke, 110 baht ke, minta kurang sampai 90 baht. Sebab standard price is 90 baht)
yang menariknya, tourist guidenya peramah, makanan sedap, equipment untuk snorkeling lengkap.


2) Water Rafting 9km + Elephant Trekking 130baht/seorang

8) Untuk pengangkutan ke airport, boleh cari di sekitar Ao Nang, dengan harga teksi 50baht. Pick-up di hotel pada bila-bila masa.



0 comments:

Post a Comment