Ads 468x60px

Thursday 14 November 2013

Turki - Istanbul

history?

Tempat yang diidami oleh seluruh kerajaan dunia pada masa itu. Kerana lokasinya yang begitu strategik untuk berdagang dan memerintah empayar. Bandar Istanbul ini di kelilingi dengan tembok gagah lebarnya 25meter dan mmpunyai 3 lapis.Namun kegigihan pemimpin Islam, akhirnya ia berjaya dimasuki pada 1453 oleh Kerajaan Sultan Muhammad Al Fateh. Dan terus
dijadikan pusat kerajaan islam pada zaman itu sehinggalah khalifah Turki Uthmaniah jatuh ke tangan raksasa yang rakus; Mustafa Kemal Attaturk.

places?

Secara keseluruhannya Istanbul merupakan antara kota idaman pasangan-pasangan untuk berbulan madu atau untuk menghayati sejarah Islam.Istanbul terbahagi kepada dua iaitu New Istanbul dan Old Istanbul. Beza antara mereka ialah samada dalam dinding Kota Istanbul atau diluar dinding Kota Istanbul(didalam Old diluar New).

Seperti yang semua orang tahu, dua ikon utama Istanbul, Masjid Biru(Masjid Sultanahmet) dan Aya Sophia. Tempat ni memang lawa nak lawati...tapi kena tengok masa dan taktik anda ingin masuk tempat-tempat yang satu dunia nak datang. Jadi waktu yang sesuai dan menarik ialah pada awal pagi (elak sesak), pada musim panas/sejuk (tapi sama je mana-mana pun), dan pastikan korang beli kad muzium turki yang mengelakkan anda untuk beratur panjang masa nak beli tiket.




Untuk pengetahuan semua la..dekat Istabul (Turki amnya) banyak sangat masjid, dan reka bentuk diorang semua lebih kurang. Jadi jangan terkeliru pulak! pastikan tengok peta betul-betul.

Selain masjid biru ada lagi masjid-masjid terkemuka yang ada di Istanbul.
Masjid Sulaimaniye, Masjid Eyup Sultan (masjid yang penuh dengan adat Islam Turki), Masjid Ortakoy.

Selain itu, berhampiran dengan Masjid Biru dan Aya Sophia, terletak juga Istana Topkapi (istana raja pada zaman turki uthmaniyah) dekat situ, apa yang best? banyak kawasan diraja yang korang boleh belajar dan disini pun korang boleh pakai kad muzium yang korang guna masa nak masuk Aya Sophia tadi.

Agak-agak dah petang sikit tu. korang boleh gerak ke Panorama 1453 dengan menaiki tram yang sama tapi ke arah timur Istanbul stesen Topkapi. Di Panorama 1453 apa yang korang nak buat? korang boleh lihat secara 4D (lebih kurang lah) situasi semasa perang pada 1453 dan korang jugak boleh tahu kronologi penaklukan Kota Konstatinopel. Setelah selesai sudah ambil ibrah dekat dalam, terasa tekak kering. Korang keluar bangunan Panorama 1453 tu ada orang jual aiskrim tradisi turki dan diorang serve aiskrim pun special. Tak percaya cubalah!

Lagi apa yang menarik dekat Istanbul.....
Esoknya pulak korang boleh kebahagian timur laut istanbul nama lain dia East Istanbul. Iaitu ke Istana Mustafa Kemal Attaturk, Dolmabahce. Harga tiket dia murah kalau kita ade student card. Di dalamnya tersergam bangga istana yang mempunyai rekaan berciri Italian-European Style.
Dah penat berjalan dalam istana, korang boleh ke area Ortakoy(kawasan tepi laut) sambil-sambil menikmati pemandangan cantik korang perlu makan "baked potato" dan "waffle special" Istanbul yang memang ada dekat situ. Serius sedap dan kenyang!

agak-agak dah nak petang sikit, pergi la ke Miniaturk, miniature semua bangunan bersejarah di seluruh negara turki di letakkan di dalam satu taman. tapi kena bayar la kalau nak masuk. kalau dah bosan dengan sejarah, dekat tepi Miniaturk tu ada GoKart, kalau datang dengan member, memang best la kalau nak lumba-lumba. Kawasan Miniaturk ni memang tepi laut jugak memang strategik betul tempat diorang ni.

dan mungkin pada lewat petang anda boleh menaiki cruise untuk mengelilingi selat bosphorus. kalau korang naik. nanti korang boleh sum-up semua tempat yang korang pergi dekat Istanbul. Sebab  majoritinya tempat-tempat yang korang pergi semuanya tepi laut. Lepas pusing selat tu, pergi naik Menara Galata, menara kawalan laut Zaman Konstatinopel lagi. Indah permandangan dari atas menara tu.

1-Masjid Sultanahmet (Masjid biru)
2-Aya Sophia (Hagia Sophia)
3-Masjid Sulaymaniye
4-Istana topkapi
5-Panorama 1453
6-Istana Dolmabahce
7-Miniaturk
8-Masjid Eyup Sultan 
9-Selat Bosphorus
10-Menara Galata

eat?
kalau nak jimat makan dekat hostel siap-siap utk sarapan dan teruskan
perjalanan harian korang. untuk tengah hari, korang makan kebab tepi-tepi jalan yang murah. dan kalau boleh bawak air kemana sahaja korg pergi. untuk mengelakkan "dehydration".


sleep?
biasanya hotel/hostel yang dekat dengan pusat bandar istanbul akan lagi mahal jadi lebih baik ambil hostel yang sedikit jauh untuk menjimatkan kos penginapan korang. dan lagi best kalau korang ada kawan duduk turki, tumpang je rumah diorang.


shopping?
kalau dekat Istanbul ni banyak sangat tempat beli belah yang best. Tapi yang terbaik untuk beli barang-barang untuk bagi sepupu sepapat ada dua tempat:
1- Grand Bazaar, Beyazit
2- Spice Bazaar (Egyptian Bazaar), Eminonu


Jadi skill-nya macam biasa lah, minta murah daripada harga sebenar, tapi dekat sini diorang tak letak tinggi sangat dari harga biasa. Minta dalam 10-20% daripada harga asal pun sudah cukup. Adalah lebih baik survey dulu dua-dua bazaar sebelum beli. Sebab sesetengah barang murah di grand bazaar dan sebaliknya.

 1)Grand Bazaar                                                                      2)Spice Bazaar






0 comments:

Post a Comment