Ads 468x60px

Saturday 20 July 2013

Jom ke Lisbon, Portugal!





Bandar Lisbon, hari ke-3 dari 87 hari. Juga merupakan hari pertama aktifkan Eurail Pass. Juga berlaku detik hitam yang tidak boleh dilupakan, segala-galanya di sini. Di Lisbon, Portugal.
HURAIAN.

Lisboa atau Lisbon adalah ibu kota Portugal. Kira-kira 1 per 3 penduduk negara Portugal menetap di bandar ini. Selain itu, bandar ini terletak di tepi utara sungai Tagus. Terdapat banyak fakta yang menarik tentang Lisbon. Antaranya ialah, lembangan sungai utama Muara Tagus menjangkau sehingga 14 kilometer lebar dan dikatakan cukup besar untuk memuatkan semua kapal-kapal perang di dunia. 
Di samping itu, bandar ini juga hampir dimusnahkan pada 1 November 1755 dek kerana gempa bumi berskala richter 8.9 yang meragut nyawa 40,000 orang dan boleh dirasai sejauh Scotland dan Norway! Ironinya, Alfama yang merupakan seksyen tertua Lisbon, telah terlepas dari gempa bumi pada ketika itu.
Di sini juga tersergam sebuah patung Cristo Rei (Christ the King) yang sangat besar di atas tebing kiri sungai. Patung ini didirikan untuk memperingati jiwa-jiwa yang terselamat dan masih hidup ketika Perang Dunia II.

KEINDAHAN

Perjalanan dari Gatwick, London hingga ke Lisbon, Portugal hanya memakan masa 2 jam 15 minit. Mendarat di Lapangan Terbang Lisbon pada pukul 7.28 malam. Langit masih cerah seolah-olah masih pukul 6.00 petang di Malaysia.
Kami bersepakat untuk bermalam di lapangan terbang sahaja. Malam itu merupakan malam ke 3 kami bermalam di lapangan terbang berturut-turut. Sambil berehat-rehat, kami berbincang dan merancang untuk perjalanan keesokan harinya. Pamplet yg kami dapatkan dari “Tourist Information” sebaik sahaja mendarat banyak membantu. 
Malam itu, aku hanya tidur 2 jam. Seperti biasa, kami tidur bergilir-gilir. Setelah solat subuh, kami bertolak ke “City Centre”. Kami ambil bas paling awal dari Lapangan Terbang Lisbon, iaitu pada pukul 7.00 pagi. Terus menuju ke Stesyen keretapi di “Santa Apalonia” untuk mengaktifkan tiket Eurail kami dan untuk membuat tempahan tempat duduk dalam keretapi untuk ke destinasi seterusnya. Madrid, Sepanyol. 
Sepanjang perjalanan, “City Centre” Lisbon memang sangat cantik dan klasik. Bandar yang sangat bersih, tidak keterlaluan jika aku katakan bandar klasik yang zero sampah. Selain itu, kaki lima sepanjang rumah kedai dan bagunan di sini semuanya diperbuat daripada batu segi empat yang cantik, sekata dan disusun rapi. Di sini juga terdapat pengankutan awam seperti tram. Tram pula ada yang jenis klasik dan moden.
Sebaik sahaja sampai di kaunter  di stesyen keretapi, pekerja yang berada di kaunter itu menyuruh kami datang semula pada waktu petang.  Mungkin ada masalah pada waktu tu. Jadi, kami terus ke “Castelo De S. Jorge”. Disebabkan dalam peta nampak dekat, kami jalan kaki sahaja. Hakikatnya memang agak jauh dengan 3 kali terlajak jalan. Hampir 1 jam 30 minit kami menghabiskan masa hanya untuk berjalan dari stesyen keretapi ke “Castelo De S. Jorge”.
Tiket masuk hanya 4 Euro seorang. Harga asal 6 Euro tetapi kami ada potonga untuk pelajar. Apa yang betul2 menarik perhatian kami di sini ialah periskop 360 darjah teknologi perisikan yang dicipta pada tahun 1600-an lagi. Kami berada dalam bilik khas dan dapat lihat semua pemandangan di luar istana dengan jelas dan secara langsung. Kagum! 
Sebenarnya, kami memang sudah lambat untuk ke “Ocenarium”. Kami mengambil bas bernombor 579 destinasi ke “Orient”. Kami tidak perlu membeli tikt baru kerana kami sudah beli tiket 24 jam di lapangan terbang tadi. Jadi, kami boleh naik sebanyak mungkin pengankutan awam k mana sahaja kami mahu dalam masa sehari sahaja. Lagi pun, kami memang berada di Lisbon hanya sehari. Memang agak berbaloi dengan harga 3.50 Euro.
Sempat berjalan-jalan di pusat membeli-belah “Vasco Da Gama”. Binaan bangunannya memang sangat mantap dan mengujakan. Syilingnya terdiri daripada 2 kepingan kaca dan diantara 2 kepingan kaca itu terdapat aliran air yang seakan-akan ombak.  Seterusnya, jalan kaki dalam 15 minit di laluan tepi laut. Berehat sebentar dan ambil gambar. Yaqzan dan Fadhil tidur kerana kepenatan. Aku dan Iqbal pergi ke Ocenarium yang jaraknya lbih kurang 250 meter. Sesampai sahaja kami di depan “Ocenarium”, terus ambil gambar dari luar sahaja. Mestilah ambil gambar kerana ia merupakan akuarium tertutup yang terbesar di Eropah dan dibuka pada tahun 1998. Tak masuk pun sebab kena bayar. Kami kena betul2 berjimat kerana perjalan masih panjang. Banyak lagi cabaran yang bakal kami tempuhi.
Pulang ke “Santa Apolonia”. Sampai disana pada pukul 4.20 petang. Aku pergi ke kedai kopi untuk beli air panas untuk makan mee segera. Alhamdulillah, pekerja perempuan itu beri percuma. Ahh.. lega, makan mee segera perisa tom yam.


BARCELONA, SEPANYOL.
Tajuk: Pertolongan.


PERTOLONGAN.
Semuanya berlaku di stesyen keretapi “Sants Astacio”. Kami sampai semula di stesyen ini sekitar pukul 7.00 petang. Kami terus ambil bagpack di tempat “Left Luggage”. Bayaran yg dikenakan untuk 1 locker besar hanya 5 Euro untuk 24 jam. 1 locker besar muat 4 bagpack besar kami.
Setelah ambil bag, aku dan Cimok pergi solat maghrib dahulu, solat di luar stesyen. Koje dan Keba jaga bag. Kami bergilir2 solat. Balik dari solat, aku tengaok Keba tengah caj semua bateri. Tinggal Koje seorang sahaja yang jaga bag. Jarak tempat Keba caj bateri dengan Koje jaga bag dalam 30 meter. “Taklah jauh mana, tapi kena hati-hati juga”. Aku berbisik dalam hati. 
Masa seolah-olah terasa sangat lambat berlalu. Kami semua sedang tunggu bas pada pukul 11.00 malam, destinasi ke Andorra. Aku dan Koje jaga bag. Cimok dan Keba pergi caj bateri. Aku suruh Koje tengok-tengokkan bag kerana aku hendak menganalisis dan merekodkan perjalanan kami pada hari tersebut dalam buku nota aku. Sedang aku khusyuk menulis, tiba-tiba aku disapa oleh seorang wanita dalam Bahasa Sepanyol. 
“Holla” Wanita itu menegur aku. “Engles?” Aku menyuruk wanita itu bercakap dalam bahasa Inggeris.
“Where are you come from?” Beliau ramah bertanya aku.
Aku terus terlintas peristiwa yang berlaku kepada kami sewaktu di Lisbon. Aku terus menoleh ke arah semua bag-bag kami untk memastikan semuanya ada dan selamat.
Dalam masa sama, aku terus berdiri dan cakap “Koje, tengok semua bag-bag ni. Jaga elok2. Aku rasa tak sedap hatilah”.
Mendengar aku bercakap-cakap dengan Koje dalam bahasa yang dia tidak fahami. Wanita itu terus berlalu. Sebaik sahaja wanita itu berlalu, ada seorang lelaki yang bekerja sebagai pencuci lantai memberi isyarat kepada aku. Berdasarkan bahasa badan yang aku faham. Dia suruh kami sentiasa memerhatikan bag-bag kami dan kami sedang diperhatikan oleh penyeluk saku.
Lelaki tersebut terus melaporkan kepada pengawal keselamatan yang berada berhampiran dengan kami. Pengawal keselamatan itu lengkap berpakaian rasmi dan disisinya ada seekor anjing. Mungkin untuk menghidu barangan terlarang seperti ganja. Sebaik sahaja menerima laporan dari pekerja lelaki tersebut. Pengawal keselamata itu bercakap-cakap di walkie talkienya. Mungkin beliau juga melaporkan perkara yang berlaku. Beliau juga turut tunggu berhampiran kami dan sempat beri arahan kepada kami untuk berhati-hati sebelum berlalu.
Sewaktu itu, Cimok dan Keba sudah ada di tempat duduk. Semua berperanan jaga bag. Kami sekali lagi disapa oleh seorang mak cik. Beliau turut memberi isyarat 2 jari ditujukan ke matanya kemudian ditujukan ke arah bag-bag kami. Kami faham maksud mak cik tersebut. Dalam 5 minit kemudian, suami mak cik tersebut datang menjemput.  “Eh, mak cik yang tegur kita tu dia tunggu suami dia habis kerjalah” Aku cakap kepada Cimok, Keba dan Koje.
Mak cik itu bercakap-cakap sesuatu kepada suaminya sambil mata memerhatikan kami. Suaminya menghampiri kami mamberi amaran kepada kami. “You all must watch ur bags, u all had been marked by pick pockets. They are 1 woman and 2 men. Please beware!”.
Kami mengucapkan terima kasih dan beliau pun berlalu pergi. Kami terus bawa bag masing-masing untuk tunggu ke tempat lain. Supaya kami dapat kesan siapa sebenarnya yang sedang memerhatikan kami.
Sebaik sahaja kami berdiri dan ingin beredar, tiba-tiba kami perasan ada seorang lelaki yang dari tadi makan di dalam KFC terus keluar dengan tergesa-gesa sambil curi pandang ke arah kami. Jarak tempat duduk kami dengan KFC memang tidak jauh. Lelaki terbabit jeling seorang kawan dia yang masih berada dalam KFC. Jadi, kami memang rasa dialah orang yang dimaksudkan oleh pengawal keselamatan, pekerja dan mak cik tadi. Kami terus ke tempat lain. Lelaki tersebut sudah sedar yang kami tahu bahawa mereka memerhatikan kami sejak dari tadi dan hanya menunggu masa untuk bertindak.
Setelah seketika duduk di tempat lain, aku terus mengajak semua untuk ke stesyen bas yang hanya terletak disebelah stesyen keretapi tersebut. Kami tunggu bas disana. Lagi pun ja sudah hendak menunjukkan 11.00 malam. Sampai sahaja di stesyen bas, kami duduk di tempat menunggu yg berada berhampiran pejabat bas syarikat “Eurolines”.
Pada malam itu, kami dapat beberapa pengajaran yang amat berguna. Pertama sekali, jangan berada di sesuatu tempat khususnya tempat menunggu dalam masa yang lama. Kena ubah-ubah tempat duduk. Kedua, kita mesti memerhatikan setiap orang yang berada berhampiran dengan teliti. Semua ini kami rasai, sejak dari peristiwa yang menimpa kami di Lisbon tempoh hari. Apa yang pasti, banyak lagi peristiwa yang bakal kami tempuhi dan hadapi. Aku tak henti-henti baca ayat kerusi mohon perlindungan dari Allah. Semoga Allah selamatkan dan permudahkan perjalana kami! Amin.
Di stesen kereta api inilah berlaku kejadian tersebut. Semua berwaspada.



MILANO, ITALI.
Tajuk: Birokrasi.

Birokrasi, Milano. 
Permulaan hari yang baik! Siap solat Subuh berjemaah lagi walaupun solat di tempat menunggu di lapangan terbang. Perut kami mula menghasilkan bunyi okestra. Tanda kelaparan. Cimok suruh aku dan Keba untuk beli makanan di “Burger King”.
“Beli 2 french fries pun jadilah. Kita kongsi-kongsi” Kata Cimok kepada kami.
Kami pun tanpa melengah-lengahkan masa terus ke tingkat 2 untuk ke restauran “Burger King”. Kami kurang bernasib baik kerana restauran tersebut masih belum beroperasi. 
Kami pun makan apa-apa makanan yang masih ada. Kami tunggu hingga 8.00 pagi untuk “check in flight”. Jadual penerbangan kami dari Milan Malpensa (10.00 pagi) ke Athens, Greece (2.10 petang). Tepat jam 8.00 pagi, kami terdengar pengumuman untuk “check in”. Antara bag kami berempat, bag Cimok paling besar, aku kedua, seterusnya Keba dan akhir sekali Koje. Jadi, Cimok memang akan masukkan bag dalam kargo. Aku dan Keba sudah kurangkan muatan dalam bag kami dan dipindahkan masuk dalam bag Cimok selepas menunaikan solat subuh tadi. Jadi, kami memang tidak rasa yang kami perlu untuk masukkan bag kami dalam kargo. Lagipun, jika masukkan bag dalam kargo akan dikenakan caj tambahan sebanyak 35 Euro.
Kami masuk barisan untuk diperiksa. Ok, Koje lepas tetapi Keba sangkut. Giliran aku lepas tu. Pak Cik yang periksa aku kata ok. Tiba-tiba aku terdengar suara yang menjerit ke arah aku.
“Sir! Sir! You can speak English?! You not allowed to enter, cause your bag overload!” Seorang wanita berpakaian seragam hitam dan berskirt pendek menyapa aku. Agak kasar. 
“Apalah minah ni, dia tak tengok pun bag aku dimasukkan dalam kotak tu dah nak bising-bising” Aku hanya membebel dalam hati.
Aku menjawab soalannya dengan baik “Yes, I can speak English. But you had not check my…” Terus kata-kata aku dipotong.
“Go to Counter 8 and put ur bag there!”. Sambil menghampiri aku beliau buka pintu dan menghalau aku keluar. Aku sedikit melawan, Keba sudah keluar. Yang lepas hanya Cimok dan Koje. Bag Cimok sebelum itu sudah dimasukkan dalam kontena. Yang Cimok galas sekarang ialah bag galas Koje.
Aku dan Keba pun dengan berat hati pergi ke kaunter 8. Setelah diperiksa, bag kami memang lepas. Bag aku nampak sedikit besar kerana rangka binaan bag aku besar, tetapi isi dalam bag aku hanya sedikit. Aku dan keba kali ini beratur semula buat kali ke-2. Semasa beratur aku lihat dari jauh wanita tadi masih berada di situ. Ramai penumpang yang tidak lepas padahal aku lihat bag mereka pun lebih kurang bag aku dan Keba. Sampai giliran Keba. Fuh! Kali ni lepas. Tapi aku masih ditahan dan ditengking semula dengan wanita tersebut. Para penumpang lain yang beratur di belakang aku turut menunjukkan raut muka yang tidak puas hati. Aku dapat agak mereka juga tidak puas hati kerana wanita tersebut tidak ramah, lagi teruk kerana sikapnya yang kurang ajar dan tidak ada etika. Mungkin baru kerja bisik hatiku.
“Why you still bring ur bag here?! Please go back to counter 8!”. Ini dah lebih bisik hati aku. 
Cimok, Keba dan Koje tengok aku dari jauh. Mereka sudah lepas tetapi aku masih tersangkut dek kerana wanita ‘workcoholic’ ini.
“I had travel so many countries before, with this bag! This is the first time my bag stuck here. And u had just see that my bag fix in that box. What’s the problem ma’am?!” Aku meninggikan suara. Aishh.. tak makan saman betul. Keras kepala. Aku dipaksa untuk ke kaunter 8 semula. Agak kecoh suasana pada ketika itu.
Ke kaunter 8 semula. Di sana aku lihat ramai penumpang yang mengalami masalah sama. Bag tak lepas. Semuanya gara-gara wanita gila pangkat tu la. Aku pun bising-bising di kaunter 8. Penumpang lain juga turut mengatakan bag aku sepatutnya lepas. Bag mereka juga begitu. Betul-betul muat jika dimasukkan dalam ‘fix box’ yang disediakan pihak EasyJet disetiap kaunter. 
“Hello sir. I’m an EasyJet pilot. Based on my experience, ur bag can pass on board”. Aku disapa seorang lelaki yang memperkanalkan dirinya kepada aku.
Mungkin sebab dia lihat aku dari tadi ulang-alik sambil menggalas bag ke kaunter 8. Beliau menunjukkan kad pengenalan beliau. Tertera namanya Jordan Rivers Scotts di kad pengenalan beliau.
“I will help you. I will talk to her. Just follow me ok” Kali ini aku beratur untuk kali ketiga.
Bezanya, di depan aku ialah seorang pemandu kapal terbang syarikat Easy Jet. Kabel besar ni. Semasa tiba giliran beliau untuk check bag beliau telah menunjukkan kad beliau kepada wanita tadi. 
Wanita tersebut masih berkeras dan menyuruh lelaki yang menolong aku untuk turut meletakkan bagnya untuk disemak. “Based on Easy Jet law, his bag is allow to bring on board” Kata Encik jordan sambil menunjukkan ke arah bag aku. Aku hanya membisu kerana lihat wanita itu sudah tidak boleh buat apa-apa. Para penumpang lain yang masih beratur turut melihat ke arah kami. Agak lama juga wanita itu berkeras dengan Encik Jordan. Akhirnya wanita itu beralah dan senyap. Aku pun dengan muka selamba badak terus menggalas bag dan masuk. Pedulikan dia. 
“I think this woman is crazy with her rank. Workaholic!” Bisik Encik Jordan kepada aku.

Aku hanya menangguk-anggukkan kepala dan senyum tanda setuju. “Yeah, really crazy huh!” tambah aku. Sebelum berpisah, aku sempat berbual-bual dengan beliau dan isterinya. Encik Jordan berasal dari United Kingdom beliau berada di Itali kerana bercuti bersama isterinya. Aku lihat isterinya hanya senyum ke arah aku. Isterinya menyorong kereta sorong. Anak mereka masih kecil, 2 tahun mungkin. Comel.
“Nice to meet you. Thanks for ur help sir. I really appreciate it” kami bersalaman sebelum berpisah. Destinasi aku ke Greece manakala beliau ke United Kingdom. Selamat tinggal Italy. Tidak lupa kenangan bersama wanita yang gilakan pangkat dan tidak beretika terhadap pelanggan.
Gambar dari dalam kapal terbang Easy Jet dari Milan, Itali ke Athens, Greece. Birokrasi yang menyusahkan!





SOFIA, BULGARIA.
Tajuk: Ekspedisi mendaki.

Ekspedisi Mendaki. 
Sepanjang mengembara sangat jarang dapat makan me goreng. Mujurlah sarapan pada pagi hari ini dapat makan mee goreng. Lebihan masakan semalam. Itu pun sebab hostel kami ini ada dapur, kami masak banyak sebab dah alang-alang dapat hostel ada dapur. Semalam kenyang makan nasi himpit dengan serunding, jadi me goreng tak habis boleh bawa untuk sarapan. Aku menyediakan roti sandwich untuk dibawa semasa ekspedisi mendaki nanti.
Kami keluar rumah dalam pukul 10.00 pagi. Ingin berkumpul di “Natonal Theater” atau gereja kerana untuk menyertai ekspedisi mendaki Gunung Vitosha. Kami menyertai NGO “Sofia Green Tour” yang memberi khidmat kepada para pelancong secara percuma. Tidak disyaratkan sebarang bayaran, tetapi jika brpuas hati dengan khidmat yang diberikan pemberian tips amat digalakkan. NGO seperti ini juga memainkan peranan dalam menaikkan sektor pelancongan di Bulgaria. Sudah semestinya pelancongan yang memerlukan sedikit bajet menjadi tumpuan dan rebutan para pelancong sama ada dari dalam mahupun dari luar.
Kami sampai di “Natinal Theater” 30 minit awal dari masa yang ditetapkan. Setiap hari pada pukul 11.00 pagi di hadapan “National Theater” merupakan tempat berkumpul untuk meyertai ekspedisi mendaki atau aktiviti berbasikal yang dianjurkan “Sofia Gren Tour”. Pada ketika itu, ada pergambaran sedang berlangsung di halaman “National Theater”. Berdasarkan pemerhatian aku, mereka sedang melakonkan babak upacara pengebumian kerana kelihatan lebih kurang 20 orang yang lengkap berkot hitam sedang kesedihan dan ada yang mengelap air mata yang basah di pipi.
Tepat jam 11.00 pagi seorang lelaki tinggi lampai dan berotot menyapa kami. Beliau memperkenalkan diri dgn panggilan Mr Sava dan beliau memberi info-info dan fakta-fakta  menarik kepada kami berkaitan negara Bulgaria. Seorang lelaki dari Rusia turut sertai ekspedisi bersama kami, nama beliau Antone. Ada kalanya Antone dan Mr Sava berbual dalam bahasa Rusia. Mr Sava menyatakan beliau boleh menguasai dan fasih bercakap dalam 4 bahasa iaitu Bahasa Rusia, Ukraine, Bulgaria dan English. 
Gunung Vitosha terletak 5 kilometer dari bandar Sofia. Kami perlu menaiki teksi untuk ke sana. Mr Sava menahan teksi lalu aku, Koje dan Cimok diarahkan naik teksi tersebut. Keba naik teksi bersama Antone dan Mr Sava. Teksi yang aku naik tidak berapa tahu destinasi sebenar yang dimaksudkan Mr Sava sebentar tadi.  Pemandu tersebut terpaksa bertanya kepada pemandu lain destinasi untuk ke Gunung Vitosha. Kami tersesat sekali dan terpaksa berpatah balik. Sebab itulah ketika kami sampai di pintu masuk “Boyana Church” Mr Sava, Keba dan Antone sudah tercegat di situ. 
“Where are you going? Fucking bad driver. We are late now” Nada Mr Sava agak tinggi. Mungkin beliau rasa tidak puas hati kepada pemandu teksi tersebut sedangkan Gunung Vitosha merupakan tempat pelancongan yang terkenal di Sofia.
Kami masuk ke halaman “Boyana Church”. Kami tidak masuk ke dalam gereja tersebut walaupun kena bayar 2 Euro seorang. Harga biasa untuk pelancong ialah 10 Euro, untuk pelajar hanya 2 Euro.
 “To me, it’s too much” Anton menyatakan kepada kami yang beliau tidak mahu masuk ke dalam gereja tersebut. Selepas itu Mr Sava menerangkan kepada kami bahawa di situ terdapat pokok yang tertinggi di dunia.
“I think the highest tree in the world is Bobi or Bubi. Hmmm, I'm not sure it's name” Cimok tiba-tiba bersuara.
“Yes, that’s true. The highest tree is Baobab in Africa” Antone menyokong kenyataan Cimok. Kelihatan Mr Sava terdiam. Mungkin salah fakta atau mungkin beliau maksudkan yang lain 
Kemudian kami dibawa ke bahagian belakang “Boyana Church”. Di sana terdapat sebatang pokok besar yang kulit pokoknya yang berwarna coklat keperangan. Lembut seperti span apabila aku menyentuhnya. Mr Sava menyatakan, para pelancong yang datang ke situ akan memeluk pokok tersebut untuk meneutralkan caj negatif yang ada dalam badan. Hal ini kerana pokok tersebut penuh dengan caj positif. Aku turut peluk pokok tersebut, sekadar mencuba.
Gereja Boyana yang kami telah lawati tadi terletak tidaklah jauh sangat dari kaki Gunung Vitosha. Kami berjalan kaki hampir 15 minit untuk sampai di kaki Gunung Vitosha dan di situ terdapat papan tanda dalam Bahasa Bulgaria. Sebelum memulakan pendakian, kami ambil gambar bersama-sama sebagai tanda ingat-ingatan. Mr Sava telah mengetuai ekspedisi mendaki Gunung Vitosha sebanyak 50 kali sebelum mengetuai kumpulan kami ini. Sedangkan ketika itu baru bulan Jun, belum cukup setahun lagi. Pada tahun lepas pula Mr Sava mengatakan beliau telah mengetuai 150 kali ekspedisi. Kebiasaannya untuk mengisi masa lapang pada hari cuti dan untuk bersenam.
Puncak gunung ini tingginya 1 200 meter dari aras laut. Permulaan pendakian kami bermula dari 500 meter dari aras laut, kami perlu mendaki lagi 500 meter ke atas. Untuk ke air terjun Boyana. Laluan yang kami lalui sepanjang 8 kilometer termasuk pergi dan balik.
Semasa mendaki, kami terjumpa 2 orang wanita dan seorang lelaki. Disebabkan mereka juga ingin ke air terjun Boyana, Mr Sava menjemput mereka untuk menyertai kami. Kami bersembang dan berkenalan. 2 orang wanita tersebut berasal dari Amerika Syarikat. Salah seorang bernama Rachel. Beliau sangat bising dan lasak. Beliau memegang selipar yang dipakai dan berjalan hanya dengan berkaki ayam.
Perjalanan amat jauh dan mencabar, tepi laluan curam, ancaman binatang buas seperti beruang sering menghantui para pendaki Gunung Vitosha. Setelah hampir 2 jam mendaki dan setelah beberapa kali berhenti berehat kami pun sampai ke air terjun Boyana. Rachel terus mengorak langkah ke air terjun tersebut sambil menjerit “I am a man and you all are women! Haha!”.
Aku menanggalkan kasut yang dipakai. Dan turut menikmati air terjun Boyana. Airnya sangat sejuk sedangkan ketika itu masih musim panas, suhu air mencecah 7 darjah celcius walaupun suhu di bandar tadi mencecah 35 dajah celcius. Kemudian Keba dan Cimok turut mandi air terjun. Yang tinggal Cuma Koje, sebab Koje memang tak tahan sejuk.
Mr Sava menanggalkan kasut dan turut mandi. “Yeah! I did it! This is my very first time I feel this water” Jeritnya. Kami semua bertepuk tangan dan bersorak. Mr Sava sebelum ini tidak pernah mandi di air terjun itu walaupun sudah beratus-ratus kali mengetuai ekspedisi sebegini. Itulah kali pertama dan aku berharap bukanlah kali terakhir. Haha.
Setelah mengambil gambar, kami meneruskan. Kali ini perjalanan kami lebih sukar. Terpaksa melalui laluan yang landai. Dalam perjalanan kami lalu di kawasan bekas perkampungan penduduk kampung terdahulu. Terdapat beberapa ketul batu berbentuk petak yang dijadikan sebagai asas binaan rumah.
Tidak lama selpas itu kami tiba di kawasan tasik buatan manusia. Mr Sava menggelar tasik tersebut sebagai “Frog Lake” kerana di tasik itu terdapat pelbagai jenis katak. Mr Sava sempat tangkap katak dengan tangan kasar sambil menunjukka kepada aku. Aku terjerit kecil kerana terkejut. Jijik mungkin.
Setelah 1 jam lebih berjalan. Kami pun sampai semula di tempat sama kami mulakan pendakian tadi. Memang penat. Sejak dari mendaki tadi peha Cimok kejang. Kami beri 20 Leva kepad Mr Sava. Kami kemudian naik teksi unutk pulang ke bandar Sofia. Baju kami kering walaupun tadi mandi di air terjun Boyana.
Sampai di bandar, aku singgah Carefour dan membeli makanan. Sebenarnya, aku mahu meneruskan aktiviti berbasikal pada petang itu tetapi Cimok memang tidak larat dan kejang paha. Koje dan Keba tak larat dan mahu berehat. Jadi, aku pun membatalkan hasrat dan hanya berehat di hostel. Masak dan makan.


Bergambar sebelum memulakan pendakian. Dari kiri saya (Soleh), Fadhil, Mr Sava, Yaqzan, Iqbal dan Mr Antone.


JAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGAN

0 comments:

Post a Comment