Ads 468x60px

Wednesday 13 February 2013

Holland - Bandar Belanda yang Memukau


Antara destinasi traveler untuk winterbreak kali ini adalah Netherland. Berikut adalah info serba-serbi mengenai Holland:-


1) Netherland, lebih dikenali sebagai Holland (Belanda)
2) Bahasa : Dutch 
3) Currency : Euro 

Pengangkutan ke Holland :-

1) Flight : Easyjet: London Gatwick (LGW) - Amsterdam (AMS)
               >> harga sekitar 45 JD (dari Jun-Ogos) 
               >> lebih murah kalau tempah awal
2) Train: Varies* (mengikut tarikh dan reservation yang dibuat oleh pembeli) 

Antara destinasi utama traveler ke Holland: 

1) Amsterdam 

2) Zaanse Schans 

Antara landmark terkenal Belanda, kincir angin klasik di Zaanse Schans

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1) Amsterdam

a) General Info :    
  1) Amsterdam merupakan ibu negara Holland, yang terletak di bahagian North Holland. Nama "Amsterdam" itu diambil daripada Amstelredamme, sebuah empangan yang terletak di sungai
 Amstel. 
  2) Bermula sebagai perkampungan nelayan, Amsterdam berkembang menjadi pelabuhan yang terpenting ketika Dutch Golden Age, hasil daripada kemajuan perdagangan mereka. 
  3) Juga terkenal sebagai Alpha City, kerana keterlibatan dan kepentingan Amsterdam dalam ekonomi global. 

b) Famous Landmarks in Amsterdam : 
 1) Central Station of Amsterdam: Kehalusan pembinaan dan seni ukir yang terdapat pada bangunan ini pasti mengagumkan para pelancong. Apapun, ia tetap sebuah stesen keretapi, tiada signifikan utama yang lain. Akses ke stesen ini sangat mudah, kerana ada tempat drop off yang available kepada setiap jenis pengangkutan. 
   Contohnya: i) basikal : ada tempat parkir basikal bersebelahan stesen
                    ii) kereta sewa : ada parkir bawah tanah 
                   iii) teksi : ada tempat drop off yang khusus, betul-betul di hadapan stesen. 
                   iv) tram : transport yang sangat popular dan paling mudah akses

Amsterdam Central Station

 2) Museumplein: Antara landmark utama Amsterdam, iAmsterdam, juga dikenali sebagai "the heart of amsterdam". Tempat yang menarik untuk mengambil gambar bersama rakan-rakan dan taulan. Huruf-huruf yang besar tersebut menjadi checkpoint utama di sini. Kebiasaannya ramai pelancong yang datang untuk mengambil gambar di sini. Ketika winter, terdapat tempat untuk ber-ice skating di hadapannya. Selain itu, terdapat dua museum yang berdekatan di sini, iaitu Van Gogh Museum dan Rijk Museum.  

 3) Royal Palace: sejujurnya penulis berpendapat tiada kelebihan yang signifikan untuk landmark ini, jika dibandingkan dengan istana-istana di tempat lain. Mungkin hasil senibina bangunan ini menarik perhatian sesetengah orang. Terletak di Dam Square
Royal Palace of Amsterdam

0 comments:

Post a Comment